Thursday, July 5, 2012

Cuti lagi ..

Salam semua. Hari ni saya terpaksa ambil cuti kerana putera tunggal saya demam. Tak sampai hati nak pergi kerja kalau anak tak berapa sihat apatah lagi anak saya pernah menghidap neprhotic syndrome ( betul ke ejaan ni)..penyakit yang bersangkut paut dengan buah pinggang yang kerap dialami kana-kanak. Harap Zaim Akram akan terus pulih dan penyakit tu tak berulang lagi. Kerja atau cuti tetap akan ada sahaja kerja. Di rumah pun ada banyak perkara yang harus saya bereskan. Esok Sabtu, 7.7.2012 sekolah saya akan mengadakan temasya sukan tahunan jadi hari ini saya mesti settlekan semua kerja-kerja rumah..SUPERMOM okey!


Friday, June 8, 2012

Masak lagi...

Assalammualaikum semua. Wah! Dah pukul 11 pagi dapur belum berasap lagi.  Lepas tidurkan sikecik jari jemari dengan pantas men google  lappy. Apa nak masak hari ni ya!  Mengintai-intai blog geng memasak...erm semua sedap-sedap belaka tapi nak memenangi tekak 4 orang hamba Allah yang baru nak mengenali duni ni tak semudah yang disangka  Umi masak lemak telur itik, puteri sulungku buat muka pelik...telur itik sedap ke Umi? Rasa itik tak? Umi masak lobak putih masak lemak putih diaorang kata,  " Umi, ini apa? " Hai takkan umi nak buat sup hari-hari baru kamu semua nak makan.  Umi akan terus memasak walaupun anak-anak belum pandai makan dan merasa makanan tradisional warisan nenek moyang kita..Umi percaya suatu hari nanti kamu semua akan minta umi masakkan itu dan ini macammana umi minta tok mak masakkan umi dulu-dulu..

Gambar ehsan Google

Saturday, May 19, 2012

Ikan Oh Ikan

Assalammulaikum semua..semoga sihat hendaknya bersantai dihujung minggu bersama keluarga tercinta..Akhir-akhir ini cuaca agak panas! Sehinggakan masuk dalam rumah pun terasa bahangnya. Rutin harian tetap diteruskan seperti biasa. Alhamdulillah usai sudah, dapatlah saya duduk menghilangkan lelah. Qailullah (Tidur tengahari)? saya sangat sayangkan mata saya untuk tidur di siang hari..memang pelik bunyinya kan? tapi saya lebih suka blog walking sana sini menggali ilmu yang sememangnya banyak yang saya tidak tahu.
Teringat hari tu saya ada singgah di blog Chef Hanieliza saya jumpa postingnya tentang ikan. Sememangnya ia sangat berguna pada saya yang dah masuk 30 tahun ni hanya mengenali sebahagian kecil ikan. Jom kita jengah blog Chef Hanieliza . Terima kasih banyak pada Chef kerana mengenalkan saya tentang jenis-jenis ikan dan kesesuaiannya pada aneka masakan.


Gambar ehsan Google

Saturday, March 17, 2012

Pagi yang mendamaikan..

Assalammualaikum semua. Mood menaip datang lagi. Pagi-pagi buta dah menghadap lappy. Time macam nilah kalau nak mengoggle dan berblog walking pun. Time anak-anak tidur. hehehe
Semalam genaplah umur saya 32 tahun...tiada apa yang istimewa sekadar sambut
dengan suami dan anak-anak je di rumah. Semalam mood memasak biasa2 je. Hujung minggu ni macam biasalah busy dengan rutin rumahtangga yang tiada penghujungnya. Tapi tetiba hari ni macam rasa nak masak-masak plak. Jom kita intai blog sifu2 memasak. Saya sangat suka bertandang ke dapur blog masakan mereka. Macam-macam resepi ada. Semuanya nampak sedap belaka. Tambah2 menu masakan kampung. Samaada rajin atau tidak je kita nak mencubanya. Jom kita blog walking...

Friday, February 24, 2012

Sakit

Alhamdulillah demam dan batuk saya sejak dua tiga hari lepas beransur pulih tapi saya lihat Little Husna pula mula selsema dan batuk2 tua..agaknya Husna sudah berjangkit umi ataupun Husna ambil upah bak kata orang tua2 sebab dah mula bertatih. Ala kullihal umi doakan moga demam Husna tak terus melarat dan berjangkit pada abang dan kakak.
Esok Sabtu 25/2 ada karnival PIBG di sekolah, semua guru, staf dan murid termasuklah saya akan turut sibuk maka saya harus selesaikan semua rutin hujung minggu saya malam ini agar tak kelam kabut nanti. Maklumlah anak2 semuanya masih kecil, abinya pula sibuk sentiasa maka umi kena pastikan semuanya beres.
Anak2 pun dah lama tidur, dapatlah saya curi sedikit masa menghadap lappy kesayangan saya. Tiada apa yang istimewa dan canggihnya komputer saya ni cuma minat dan hobi saya sejak dibangku sekolah membuatkan saya rasa rindu kalau sehari tak menekan kekunci keyboard komputer hahaha pelik betul..
Oklah cukuplah setakat itu sembang kosong saya, banyak kerja menanti giliran untuk diproses..jumpa lagi

Saturday, February 11, 2012

Berhujung minggu bersama insan tersayang..

Salam hujung minggu semua. Seronok rasanya dapat menghabiskan hujung minggu begini bersama keluarga. Masak-masak, makan-makan, jalan-jalan dan akhirnya berpenat-penatan...hehehe. Seronok melayan gelagat anak-anak yang sedang membesar. Ada saja aktiviti mereka.
Semalam hari lahir suami  yg ke tuttt (rahsialah pulak)..saya masakkan nasi ayam istimewa untuk anak-anak dan suami. Alhamdulillah walaupun agak kalut dengan anak-anak yang masih kecil sekurang kurangnya saya gembira dan tersenyum puas melihat anak-anak dan suami makan dengan begitu berselera.
Masak kek? erm rasanya lain kali kot...insya'allah saya cuba buat time anak-anak tidur..kesian, anak-anak umi asyik sibuk dengan kerja rumah yang tak habis-habis.
Apapun saya ucapakan terimakasih kepada kak ita dan che mat gebu yang sentiasa memberi inspirasi dan tip memasak yang sangat berguna. Kalau mak dekat pasti emaklah jadi bahan rujukan saya.
Jom kita semak resepi nasi ayam zanavilla yang saya dapat dari blog Masam Manis (kak ita) yang sangat sedap ni. Alhamdulillah anak-anak dan suami pun kata sedap :)

Nasi Ayam Berempah
(sumber: zanavilla)
Bahan2 utk nasi:
  • +-600gm beras basmathi + wangi
  • 2"halia*
  • 5 ulas bwg putih*} ditumbuk halus
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 kiub ayam maggi + air rebusan ayam
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak + sesudu margerin utk tumisan
Bahan utk sop & ayam berempah
  • 1 ekor ayam dipotong 4 (zana ambil 3/4 bhgn ajer)
  • 1 bunjut rempah sop
  • air secukupnya menutupi ayam
  • garam secukup rasa
  • 4 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1" halia*} ditumbuk halus
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • Minyak utk goreng terendam
Bahan utk sos
  • 6 biji cili merah
  • 5 ulas bwg putih
  • 1 sdt gula pasir
  • 1 sdm sos tomato
  • secubit garam
  • 2 sdm jus limau kasturi
  • sedikit air masak
Bahan sampingan:
  • hirisan timun, salat dan tomato
  • sedikit hirisan daun sadri dan bwg
Cara2 penyediaan:
1. Masukkan ayam dan air menuputi keseluruhan ayam kedalam periuk dan masukkan sop bunjut adabi, kemudian rebus sehingga mendidih.
2. Ayam yg telah empuk dikeluarkan ~ kemudian ketepikan.
3. Ambil bahan2 yg telah ditumbuk dan rempah kari juga sedikit garam ~ gaulkan bersama2 ayam kemudian perapkan selama 20 min.
4. Sementara itu, cuci beras terlebih dahulu... Panaskan minyak + marjerin dlm periuk letrik (atas api gas), tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi dan masuk daun pandan ~ dikacau rata dan tambahkan sedikit air rebusan, barulah masukkan beras~ kacau rata
5. Alihkan periuk kedlm bekas letrik dan masukkan air sama banyak dgn beras dan tekan on. Biarkan sehingga nasi masak.
6. Ambil ayam yg telah diperap tadi dan goreng dlm minyak panas sehingga masak (tak perlu lama sbb ayam tu telah direbus td, cukuplah nampak sedikit kekuningan)
 
sori x sempat nak snap gambar nasi ayam anak-anak dah x sabar nak makan...

Wednesday, January 18, 2012

Siang yang panjang..


Sejak akhir-akhir ini cuaca agak bahang.  Tambahan pula kelas prasekolah yang terletak betul-betul disebelah padang tanpa terlindung mana-mana pokok besar membuatkan kulit muka saya bagaikan terbakar dek hangat mentari tiap kali berulang alik keluar masuk ke kelas. Terdetik dihati ini bagaimanalah agaknya hangat mentari saat kita berkumpul di Mahsyar nanti.
Setelah seharian bekerja seperti biasa saya akan mengambil anak-anak dari rumah IBU mereka dan pulang ke rumah. Sampai saja dimuka pintu rumah belum pun sempat saya melunjur kaki meregang urat, anak-anak jiran sudah pun datang meneruskan rutin harian mereka mengaji al-Quran.  Apalah daya saya untuk berkata TIDAK ketika ibu mereka datang bertandang meminta tolong dari saya untuk mengajarkan anak-anak mereka mengaji walaupun sebenarnya kalau diikutkan kudrat memang saya tersangat penat setelah seharian bekerja.  Setelah menimbang dan memikirkan sedalam-dalamnya akhirnya saya mengambil keputusan untuk terus mengajar anak-anak jiran yang hampir 30orang itu sebagai amal dan jariah saya yang tidak seberapa. Teringat pada sepotong hadith yang berbunyi Sebaik-baik antara kamu adalah yg belajar & mengajar Al Quran". Mudah-mudahan saya dapat menjadi sebahagian dari golongan tersebut. Terkenang sejak sehabis berpantang anak kedua saya sudah mula mengajar anak-anak jiran mengaji Al Quran sambil memangku bayi. Begitu juga anak ketiga dan keempat. Mujurlah anak-anak tidak meragam dan memahami saya, alhamdulillah.

Followers