Wednesday, June 29, 2011

Persiapan kembali bekerja.

Salam kawan-kawan. Wah! dah naik berhabuk blog ni gara2 tak rajin menulis. Esok saya akan kembali bekerja, rasanya sekejap je 90 hari berlalu. Baby Husna pun dah mula belajar tinggal kat rumah 'ibu', terngiang2 ditelinga saya bagai terdengar Husna menangis. Jangan nangis2 ya Husna dan jangan susahkan ibu. Walaupun anak dah masuk 4 orang, rasa sedih nak tinggalkan anak2 pergi bekerja tetap terasa.

 Susah nak suruh Husna pandang kamera

Macam biasa saya akan bagi penerangan serba sedikit pada 'ibu' tentang ragam anak saya dan cara untuk menguruskan stok susu yang saya bekalkan. Mudah2an esok dan hari2 seterusnya segalanya akan berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

EBM Husna

Sunday, June 12, 2011

Tinggal 17 hari lagi..

Salam kawan-kawan. Pejam celik pejam celik rupanya lagi 17 hari je lagi saya akan bekerja semula.  Sekejapnya masa berlalu rupa-rupanya dah hampir 3 bulan saya bercuti. Best betul dapat berehat-rehat kat rumah. Paling seronok dapat google google waktu lapang. Banyak betul input yang saya dapat walaupun tak keluar rumah. Tak kurang juga banyak duit yang ter'keluar' gara gara Cik Google google. Apapun nafsu perlu dicantas, ikut hati mati, ikut rasa binasa.Kena beringat sentiasa.
Memandangkan cuti sekolah untuk penggal ini dah habis maka esok rutin anak-anak akan kembali seperti sediakala. Begitu jugalah saya, sekolah ataupun cuti agendanya tetap serupa. Anak-anak murid mengaji pun dah mula mengaji seperti biasa. Maka rumah saya akan dipenuhi anak-anak kecil yang datang mengaji setiap petang ataupun malam. Walaupun kadang-kadang rasa letih mengajar tapi bila fikir-fikirkan hanya inilah amal jariah saya yang tak seberapa yang mampu saya infakkan untuk agama dan bangsa saya. Mudah-mudahan ia menjadi amalan yang berpanjangan oleh anak-anak murid mengaji saya yang akan memberi pahala tika saya tiada dunia nanti kerana Rasulullah pernah bersabda "Apabila mati anak Adam itu, terputuslah darinya melainkan 3 perkara iaitu anak yang soleh dan solehah yang mendoakan, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat".

Saturday, June 11, 2011

Touch up sikit..

Sementara baby tidur, dapatlah umi touch up sikit header umi ni. Practise make perfect. Jenuh jugak sebab tak pernah guna photoscape. Erm, alahai walaupun taklah secantik mana tapi jadilah dari takde header blog. Kepada kawan-kawan, saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan yer.

Friday, June 10, 2011

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..bergurukan tutorial dan google yang ada saya berjaya juga belajar sesuatu yang baru. Walaupun saya agak tertinggal 'keretapi' tapi sekurang-kurangnya saya puas hati kerana dapat ilmu baru. Ilmu apa tu? Ilmu guna buat header guna photoscape je. Orang dah naik ke bulan, saya baru nak buat kapal terbang huhuhu.. Lepas ni bolehlah buat blog untuk prasekolah pulak. Insya'allah jika berkesempatan. Ok kawan-kawan nanti saya update lagi. Banyak kerja yang menanti.

Saturday, June 4, 2011

Ber 'blog' juga akhirnya...

 Akram, Radwa dan Safwa


Husna

Salam. Dalam kesibukan bergelar super duper mommy ni akhirnya saya berjaya juga mewujudkan blog sendiri. Lama mana ia bertahan dan rajin mana saya nak menulis atau sempat mana saya nak menggarap idea, kita tengoklah sama-sama nanti ya hehehe..ini pun sebab cuti 90 hari, dapatlah masa yang terluang diisi sebaiknya selain menjadi surirumah sepenuh masa. Untuk kawan2 yang dah ada blog, sorry sebab saya dah  ketinggalan zaman..hehehe. Sudah lama hajat nak buat blog sendiri cuma tidak berkesempatan. Nah, terimalah blog saya yang tak seberapa. Adios

Followers