Thursday, July 7, 2011

"Selamat Menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia"..

 

Salam kawan-kawan. Petang tadi saya bawa si comel Husna ke Klinik Kesihatan Dengkil bagi mendapatkan suntikan DPT. Saya lihat semua jururawat sedang sibuk membuat persiapan untuk sambutan kemuncak Hari Penyusuan Ibu Sedunia esok yang bermula sejak seminggu lalu (1-7 Ogos). Malangnya saya tak dapat turut serta kerana bekerja.
       Teringat kenangan manis tahun 2007 di mana saya dijemput sebagai salah seorang panel dalam satu  sesi bual bicara tentang penyusuan susu ibu bagi ibu2 yang bekerjaya yang berlangsung di auditorium Hospital Serdang. Ketika itu pengetahuan saya tentang kepentingan penyusuan susu ibu amatlah cetek tapi dek kerana azam yang berkobar-kobar saya sahut cabaran ini. Buat pengetahuan teman2 acara ini disambut saban tahun hampir diseluruh pelusuk dunia bagi menggalakkan dan memberi kesedaran kepada ibu2 diluar sana betapa peri pentingnya penyusuan susu ibu.

Kepada semua teman2 yang sanggup menghadapi cabaran dalam memperjuangkan misi penyususan susu ibu sekalung 'Tahniah' saya ucapkan. Anda sememangnya berusaha untuk memberi yang terbaik untuk bayi2 anda.  Sesungguhnya anak2 anda bertuah mempunyai ibu yang survival seperti anda. 
"Selamat Menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia".. 

Moga hasrat dan impian kita tercapai demi tersayang..Insya'allah

10 Langkah menjayakan penyusuan
  • Perlu ada polisi penyusuan yang harus diamalkan oleh semua pekerja dalam bidang perubatan
  • Mereka yang terlibat dalam bidang ini perlu dilatih sewajarnya 
  • Menyampaikan maklumat mengenai kebaikan penyusuan badan kepada ibu mengandung dan bagaimana menjayakanNya
  • Membantu ibu menyusukan anak dalam masa satu jam selepas bersalin
  • Menunjukkan kepada ibu bagaimana untuk menyusu dan meneruskan penyusuan walupun terpaksa berpisah dengan bayi
  • Jangan berikan bayi minuman atau makanan selain susu ibu,melainkan ubat preskripsi doktor jika sakit
  • Jalinkan kemesraan ibu dan anak 24 jam
  • Memberi susu badan setiap kali bayi memerlukan
  • Jangan beri bayi puting tiruan kerana ia mengelirukan mereka
  • Perkukuhkan kumpulan sokongan penyusuan badan dan rujuk ibu-ibu yang baru melahirkan anak kepada mereka sejurus keluar dari hospital atau klinik

    Antara frozen EBM Husna
    Kepingan2 frozen EBM Husna yang tak ternilai harganya bak jongkong2 emas 
    Tak rugi melabur kerana 'hasilnya' lumayan
    Gajet yang sangat2 membantuku

Followers