Sunday, January 15, 2012

Lamanya tak update blog..

Assalamualaikum....fuh fuh fuhhhhh (tiup habuk) byk betul habuk kat blog saya ni..sejak dalam pantang sampai Husna dah 9 bulan baru dapat update balik. Alhamdulillah Allah bagi kesempatan untuk saya curi sedikit masa walaupun sangat sibuk dengan rutin harian sebagai isteri, ibu dan penjawat awam. Diam tak diam dah masuk tahun 2012. Rasanya usia saya makin banyak (32 tahun) tapi umur pula semakin singkat. Anak yang sulung Ameerah Safwa dah masuk darjah 2 (8 tahun) besar dah tapi rasa macam baru semalam Safwa pandai bertatih dan memanggil umi.
Sehari dua ni banyak perkara baru yang saya belajar...alhamdulillah moga ilmu dan amal itu tidak pernah terpisah dari kita yang sentiasa dahagakannya. Terima kasih pada CMG kerana sudi berkongsi resepi Cucur Udang Tembam dan Sos. Gembiranya hati saya melihat anak-anak menjamah dengan penuh berselera sambil tak henti-henti memuji Umi memang pandai masak :) Jom kita semak resepi Chef Mat Gebu ni..

CUCUR UDANG TEMBAM
Oleh CMG
Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
1 3/4 cawan air (yang ni kurang lebih, tapi mat sukat dekat2 2 cawan air dia)
1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
1 pokok daun bawang, hiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel

BAHAN SOS LADA :-)
8 biji cili merah
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.
  2. UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan
  3. UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!..

No comments:

Followers