Friday, June 3, 2011

Saya dan Felt




Salam. 90 hari yang sungguh mengujakan. Selain dari mengumpul stok susu untuk my new baby Arifah Husna, masa yang terluang saya isi dengan hobi baru. Entah macamana suatu hari saya ternampak satu posting kat fb yang sangat menarik perhatian saya. Felt Kraf satu kraftangan menggunakan felt yang dijahit atau ditampal. Macam-macam benda boleh dihasilkan dengan felt ni seperti key chain, penanda buku, kerongsang, skaf rambut, bekas pensel dan paling saya suka ialah kasut baby. Walaupun saya ni bukanlah kreatif sangat tapi dek kerana minat dengan hasilnya yang kiut miut maka saya pun teringin nak mencuba kraf felt ni. Kata orang kalau takde minat tak akan menjadi iye tak?

No comments:

Followers